Skip to content

Seksyen 34

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 34 of 92

Seksyen 34

(1)

Pendaftar boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang yang dikehendaki mematuhi subseksyen 32(1), memberikan pelepasan kepada orang itu atau meluluskan apa-apa pengubahan daripada kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan prospektus atau pernyataan penzahiran produk.

(2)

Apabila memberikan pelepasan atau meluluskan pengubahan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar.

(3)

Pendaftar tidak boleh memberikan pelepasan atau meluluskan pengubahan di bawah subsekyen (1) melainkan jika dia telah menimbangkan jenis dan objektif skim itu dan berpuas hati bahawa—

(a)

pelepasan atau pengubahan itu tidak akan menyebabkan maklumat yang perlu bagi penaksiran pelaburan dalam skim itu tidak dizahirkan kepada orang awam; dan

(b)

pematuhan kehendak yang baginya pelepasan atau pengubahan yang dipohon itu akan mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas pemohon.

(4)

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk hendaklah disifatkan telah mematuhi semua kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika prospektus atau pernyataan penzahiran produk dikeluarkan dengan mematuhi subseksyen (1).