Skip to content

Seksyen 31

Penyimpanan dokumen yang berhubungan dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 31 of 92
Seksyen 31
(1)

Suatu syarikat pengurusan hendaklah menyebabkan suatu salinan—

(a)

apa-apa persetujuan di bawah seksyen 33 berhubung dengan pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk; dan

(b)

tiap-tiap kontrak yang material atau dokumen yang disebut dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk, disimpan di pejabat berdaftar syarikat pengurusan itu di Malaysia selepas pendaftaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk dan hendaklah menyimpan setiap salinan selama tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar.

(2)

Salinan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tersedia untuk pemeriksaan oleh mana-mana orang tanpa caj.

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.