Skip to content

Seksyen 30

Keengganan untuk mendaftarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 30 of 92
Seksyen 30

(1)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk jika—

(a)

Pendaftar berpendapat bahawa prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

pengeluaran atau pelawaan berkenaan dengan kepentingan yang berhubung dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak mematuhi Akta ini; atau

(c)

Pendaftar berpendapat bahawa prospektus itu atau pernyataan penzahiran produk itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau bahawa prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang terdapat peninggalan material.

(2)

Jika Pendaftar berpendapat bahawa syarikat pengurusan atau pengarah syarikat pengurusan yang membuat tawaran atau pelawaan bukan orang yang layak dan sesuai untuk membuat keluaran atau tawaran kepada orang awam, Pendaftar boleh enggan untuk mendaftarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “pengarah” termasuk mana-mana orang yang dinamakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk.