Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

16. Syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank sebagai ejen bagi tawaran

Feedback & support
(1)

Tiada pengumpukan atau penerbitan apa-apa sekuriti sesuatu perbadanan yang ditawarkan di bawah subseksyen 8(1), yang merupakan tawaran sekuriti yang tidak dikecualikan di bawah subseksyen 8(5), boleh dibuat melainkan jika sekuriti itu telah ditawarkan melalui suatu syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, suatu syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank hendaklah menjadi ejen sesuatu perbadanan yang menawarkan sekuriti di bawah subseksyen 8(1)

melalui syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu untuk menerima permohonan bagi penerbitan sekuriti dan hendaklah diperihalkan sedemikian dalam prospektus.

(3)

Semua wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti dalam sesuatu perbadanan hendaklah dibayar kepada syarikat amanah

Labuan atau pemegang lesen bank yang bertindak sebagai ejen bagi perbadanan itu, dan sementara menanti penerimaan amaun bayaran minimum oleh syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu, ia hendaklah memegang semua wang yang diterima olehnya atas amanah bagi pemohon itu, dan jika amaun bayaran minimum itu tidak diterima oleh syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus itu, syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank itu hendaklah, tertakluk pada apa-apa hak di bawah terma prospektus untuk memotong apa-apa kos dan caj yang terhutang kepadanya atau kepada Lembaga berkaitan dengan prospektus atau tawaran itu atau tindakannya sebagai broker dalam perkara itu, mengembalikan wang permohonan itu atau sebahagian daripadanya yang merupakan baki selepas pemotongan dibuat, jika ada, mengikut terma prospektus itu kepada pemohon secara pro rata berdasarkan masing-masing amaun yang dibayar oleh mereka.

(4)

Apabila syarikat amanah Labuan atau pemegang lesen bank yang bertindak sebagai ejen suatu perbadanan menerima amaun bayaran minimum bagi pihak perbadanan itu, syarikat amanah

Labuan atau pemegang lesen bank itu hendaklah, tertakluk pada haknya untuk memotong saraan dan perbelanjaan yang sepatutnya daripada wang itu, memegang wang itu dan apa-apa wang permohonan selanjutnya sebagai ejen perbadanan itu.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 45

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules