Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian II · Sekuriti
19. Kuasa untuk menerbitkan debentur
Feedback & supportTertakluk pada Penggal ini dan kepada terma dan syarat memorandum dan perkaranya, sesuatu syarikat Labuan hendaklah mempunyai kuasa untuk menerbitkan debentur atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dan khususnya, tetapi tanpa mengehadkan keluasan yang terdahulu, boleh menerbitkan debentur—
yang menjadi gadaian ke atas mana-mana atau kesemua aset syarikat itu;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 47
yang boleh ditukar daripada debentur kepada syer dalam syarikat itu; atau
sebagai debentur bercagar.
Hutang yang kena dibayar di bawah apa-apa debentur, sama ada dimeterai atau ditandatangani bagi pihak syarikat itu, hendaklah menjadi suatu hutang istimewa syarikat itu, dan jika debentur itu diterbitkan oleh cawangan sesuatu syarikat, hendaklah terletak di cawangan tersebut.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
menyekat hak sesuatu syarikat Labuan atau mana-mana kelas tertentu syarikat Labuan untuk menerbitkan debentur yang boleh ditukarkan kepada syer; dan
menetapkan terma dan syarat atau kejadian atau kejadian-kejadian yang atasnya penukaran hendak atau boleh dilakukan.