Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

25. Pinjaman dan deposit hendaklah dibayar balik dengan serta-merta atas kejadian tertentu

Feedback & support
(1)

Jika dalam mana-mana prospektus yang dikeluarkan berkaitan dengan suatu tawaran atau pelawaan di bawah subseksyen 8(1)

supaya memohon beli atau membeli debentur sesuatu syarikat

Labuan terdapat suatu pernyataan tentang apa-apa maksud atau projek tertentu yang baginya wang yang diterima oleh syarikat peminjam itu sebagai sambutan kepada tawaran atau pelawaan itu akan digunakan, syarikat peminjam itu hendaklah dari semasa ke semasa membuat laporan kepada pemegang amanah bagi pemegang debentur syarikat peminjam itu tentang kemajuan yang telah dibuat ke arah mencapai maksud itu atau menyempurnakan projek itu.

(2)

Jika ternyata kepada pemegang amanah yang kepadanya suatu laporan diberikan oleh syarikat peminjam bahawa maksud atau projek itu telah tidak tercapai atau disempurnakan dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus yang dalamnya maksud atau projek itu hendak dicapai atau disempurnakan atau, jika tiada masa sedemikian dinyatakan, dalam sesuatu masa yang munasabah, pemegang amanah itu boleh, dan, jika pada pendapatnya adalah perlu untuk melindungi kepentingan pemegang debentur itu, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis bertulis kepada syarikat peminjam itu menghendakinya membayar balik wang yang telah diterima sedemikian dan, dalam masa satu bulan selepas notis itu diberikan, menyerahkan suatu salinan notis itu kepada Lembaga.

(3)

Pemegang amanah tidak boleh memberikan notis di bawah subseksyen (2) jika ia berpuas hati—

(a)

bahawa maksud atau projek itu telah sebahagian besarnya tercapai atau disempurnakan;

(b)

bahawa kepentingan pemegang debentur itu telah tidak termudarat secara material oleh kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu dalam masa yang dinyatakan dalam prospektus atau dalam masa yang munasabah; atau

Undang-Undang Malaysia 58

(c)

bahawa kegagalan mencapai atau menyempurnakan maksud atau projek itu disebabkan oleh hal keadaan, selain kekurangan wang, yang di luar kawalan syarikat peminjam itu yang tidak dapat diramalkan dengan munasabah oleh syarikat peminjam itu pada masa prospektus itu dikeluarkan.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules