Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian II · Sekuriti
17. Larangan pengumpukan melainkan jika bayaran minimum diterima
Feedback & supportTiada pengumpukan atau penerbitan apa-apa sekuriti sesuatu perbadanan yang ditawarkan menurut subseksyen 8(1), yang merupakan tawaran sekuriti yang tidak dikecualikan di bawah subseksyen 8(5), boleh dibuat melainkan jika—
bayaran minimum telah dibayar; dan
jumlah wang yang kena dibayar atas permohonan sekuriti yang dimohon beli itu telah diterima oleh perbadanan itu, tetapi jika suatu cek bagi jumlah wang yang kena dibayar itu telah diterima oleh perbadanan itu, jumlah wang itu hendaklah disifatkan tidak diterima oleh perbadanan itu sehinggalah cek itu dibayar oleh bank yang mengeluarkannya.
Bayaran minimum itu hendaklah—
dikira berdasarkan harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan; dan
dihitung tanpa mengira apa-apa amaun yang kena dibayar selain dengan wang tunai.
Amaun yang kena dibayar atas permohonan setiap sekuriti yang ditawarkan hendaklah tidak kurang daripada lima peratus daripada harga yang padanya sekuriti itu ditawarkan atau akan ditawarkan.
Apa-apa syarat yang menghendaki atau yang mengikat mana-mana pemohon bagi sekuriti supaya menepikan pematuhan apa-apa kehendak seksyen ini adalah tidak sah.
Tiada perbadanan boleh menerbitkan atau mengumpukkan, dan tiada pegawai atau penaja sesuatu perbadanan boleh membenarkan atau mengizinkan supaya diterbitkan atau diumpukkan, sekuriti di bawah subseksyen 8(1) berdasarkan suatu prospektus selepas habis tempoh enam bulan dari pengeluaran prospektus itu.
Undang-Undang Malaysia 46
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.