Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

26. Penahanan terbitan debentur terpohon beli berlebihan

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat peminjam tidak boleh menerima atau menahan bayaran untuk terbitan debentur melebihi daripada amaun terbitan itu sebagaimana yang dizahirkan dalam prospektus melainkan jika syarikat peminjam itu menyatakan dalam prospektus itu—

(a)

bahawa syarikat itu secara nyata memelihara hak untuk menerima atau menahan terbitan debentur terpohon beli berlebihan itu; dan

(b)

suatu had ke atas amaun terbitan debentur terpohon beli berlebihan itu yang boleh diterima atau ditahan.

(2)

Tertakluk pada mana-mana peraturan, jika sesuatu syarikat peminjam menyatakan dalam suatu prospektus yang berhubungan dengan suatu terbitan debentur bahawa syarikat itu secara nyata memelihara hak untuk menerima atau menahan terbitan debentur terpohon beli berlebihan—

(a)

syarikat peminjam itu tidak boleh membuat, membenarkan atau mengizinkan apa-apa pernyataan atau rujukan tentang sandaran aset bagi terbitan itu dibuat atau dikandungkan dalam mana-mana prospektus yang berhubungan dengan terbitan itu, selain suatu pernyataan atau rujukan kepada jumlah aset dan jumlah liabiliti syarikat peminjam itu dan syarikat penjaminnya, jika ada; dan

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 59

(b)

prospektus itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan atau rujukan tentang jumlah aset dan jumlah liabiliti sebenar syarikat peminjam itu jika terbitan debentur terpohon beli berlebihan pada had seperti yang dinyatakan dalam prospektus itu diterima atau ditahan.

(3)

Mana-mana syarikat peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules