Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

24. Obligasi syarikat penjamin untuk memberikan maklumat

Feedback & support
(1)

Bagi maksud penyediaan sesuatu laporan yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditandatangani oleh atau bagi pihak pengarah sesuatu syarikat peminjam atau mana-mana daripada mereka, syarikat peminjam itu boleh, melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana syarikat penjaminnya supaya memberinya apa-apa maklumat yang berhubungan dengan syarikat penjamin itu yang dikehendaki oleh Akta ini supaya terkandung dalam laporan itu, dan syarikat penjamin itu hendaklah memberikan maklumat itu kepada syarikat peminjam itu sebelum suatu tarikh, iaitu suatu tarikh yang tidak lewat daripada empat belas hari selepas notis itu diberikan, sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud itu dalam notis itu.

(2)

Sesuatu syarikat penjamin yang tidak mematuhi kehendak yang terkandung dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (1)

dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran atau pelawaan sekuriti di bawah subseksyen 8(5).

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 57

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules