Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

8. Tawaran atau pelawaan yang menghendaki kelulusan Lembaga

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (3) hingga (6), seseorang, pegawainya, pengarahnya, ejennya atau mana-mana orang lain bagi pihaknya, tidak boleh membuat suatu tawaran untuk memohon beli atau membeli, atau mengeluarkan suatu pelawaan untuk memohon beli atau membeli sekuriti di atau dari dalam Labuan tanpa kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1654).

(3)

Seseorang pemohon hendaklah mengemukakan kepada Lembaga apa-apa dokumen dan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan tawaran atau pelawaan itu mengikut apa-apa bentuk dan cara dan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Lembaga.

(4)

Jika suatu permohonan telah dikemukakan kepada Lembaga di bawah seksyen ini, Lembaga boleh—

(a)

meluluskan sesuatu tawaran atau pelawaan dengan atau tanpa pengubahan dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut; atau

(b)

menolak sesuatu tawaran atau pelawaan.

(5)

Tawaran atau pelawaan sekuriti yang berikut dikecualikan daripada kehendak untuk mendapatkan kelulusan Lembaga di bawah subseksyen (1):

(a)

tawaran atau pelawaan sekuriti, jika—

(i)

tawaran atau pelawaan itu ditujukan kepada suatu kategori orang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat tawaran atau pelawaan itu atau oleh ejen yang dilantiknya; atau

Undang-Undang Malaysia 32

(ii)

hanya anggota dalam kategori itu yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu dibuat merupakan orang yang boleh menerima tawaran atau pelawaan itu dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu, dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh;

(b)

tawaran atau pelawaan debentur, jika—

(i)

pelaburan kali pertama setiap pemegang debentur permulaan adalah tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu; atau

(ii)

pelaburan kali pertama setiap pemegang debentur permulaan adalah kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau yang sama banyaknya dalam apa-apa mata wang lain dan bilangan orang yang kepadanya tawaran atau pelawaan itu disampaikan tidak melebihi lima puluh dan mereka memiliki maklumat yang mencukupi untuk membolehkan penilaian yang munasabah dibuat mengenai tawaran atau pelawaan itu;

(c)

tawaran atau pelawaan sekuriti dalam suatu dana bersama yang memenuhi kehendak dana bersama di bawah

Bahagian III;

(d)

tawaran atau pelawaan sekuriti yang menurut suatu tawaran pengambilalihan yang mematuhi undang-undang relevan yang terpakai bagi tawaran itu; dan

(e)

tawaran atau pelawaan sekuriti atau apa-apa kelas atau kategori sekuriti yang ditentukan oleh Lembaga.

(6)

Apa-apa ketentuan atau ketentuan-ketentuan yang dibuat di bawah perenggan (5)(e) hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat, sekatan atau had yang dikenakan oleh Lembaga.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 33

(7)

Mana-mana orang yang membuat suatu tawaran atau pelawaan sekuriti berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8)

(Dipotong oleh Akta A1654).

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules