Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

21. Pengecualian dan tanggung rugi pemegang amanah daripada liabiliti

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen ini, sesuatu terma, peruntukan atau waad suatu debentur atau surat ikatan amanah suatu terma kontrak dengan pemegang debentur yang dijamin oleh suatu surat ikatan amanah adalah tidak sah setakat yang terma, peruntukan atau waad itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan mempunyai kesan—

(a)

untuk mengecualikan pemegang amanah daripada liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah;

(b)

untuk menanggung rugi seorang pemegang amanah terhadap liabiliti kerana melanggar mana-mana peruntukan

Bahagian ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap cermat dan usaha yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah, melainkan jika terma, peruntukan atau waad itu—

(A)

melepaskan pemegang amanah itu daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan; atau

(B)

membolehkan suatu mesyuarat pemegang debentur untuk meluluskan pelepasan pemegang amanah daripada liabiliti kerana apa-apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan sebelum pelepasan itu diberikan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 49

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(B)—

(a)

suatu pelepasan diluluskan jika pemegang debentur yang mengundi untuk ketetapan itu memegang sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada nilai nominal debentur yang dipegang oleh semua pemegang debentur yang hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; dan

(b)

seseorang pemegang debentur hadir pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu jika—

(i)

pemegang debentur itu hadir sendiri pada mesyuarat itu dan mengundi untuk ketetapan itu; atau

(ii)

jika proksi dibenarkan, pemegang debentur itu diwakili pada mesyuarat itu oleh seorang proksi dan proksi itu mengundi untuk ketetapan itu.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules