Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian II · Sekuriti

18. Wang permohonan hendaklah dipegang atas amanah sehingga penerbitan atau pengumpukan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen 16(3) dan (4) dan subseksyen 17(1), semua wang permohonan dan wang lain yang dibayar sebelum penerbitan atau pengumpukan oleh mana-mana pemohon bagi sekuriti yang ditawarkan di bawah subseksyen 8(1) oleh sesuatu perbadanan, hendaklah, sehingga penerbitan atau pengumpukan sekuriti itu dibuat, dipegang atas amanah bagi pemohon itu dan wang itu hendaklah dibayar ke dalam dan disimpan dalam suatu akaun amanah yang berasingan, sementara menanti penerbitan atau pengumpukan itu.

(2)

Jika berlaku keingkaran dalam pematuhan seksyen ini, tiap-tiap pegawai perbadanan yang ingkar dan yang dengan disedarinya dan dengan sengaja membenarkan atau mengizinkan keingkaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian III

Bahagian IV

Perantara Pasaran

Bahagian V

Syarikat Amanah Labuan

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules