Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian II · Sekuriti
9. Pernyataan palsu atau yang mengelirukan
Feedback & supportJika apa-apa pernyataan atau maklumat dikehendaki supaya dikemukakan kepada Lembaga berhubung dengan apa-apa tawaran atau pelawaan sekuriti yang dikemukakan menurut subseksyen 8(3), seseorang pemohon dan mana-mana pegawainya tidak boleh—
mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat palsu atau yang mengelirukan;
mengemukakan atau menyebabkan supaya dikemukakan apa-apa pernyataan atau maklumat yang mempunyai peninggalan material; atau
terlibat dalam atau membantu atau menyubahati tingkah laku yang diketahuinya mengelirukan atau memperdayakan atau yang berkemungkinan mengelirukan atau memperdayakan
Lembaga.
Menjadi suatu pembelaan terhadap pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, selepas membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan telah mempercayai sehingga masa pernyataan itu dibuat atau maklumat itu diberikan atau tingkah laku itu dilakukan mempercayai bahawa—
pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;
Undang-Undang Malaysia 34
peninggalan itu tidak material;
tidak terdapat apa-apa peninggalan yang material; atau
tingkah laku yang berkenaan tidak mengelirukan atau memperdayakan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.