Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Rayuan
167. Pembatalan persetujuan, lesen atau pendaftaran
Feedback & supportLembaga boleh membatalkan apa-apa persetujuan, lesen atau pendaftaran di bawah Akta ini—
atas permintaan entiti berlesen;
Undang-Undang Malaysia 176
jika—
entiti berlesen itu berhenti menjalankan perniagaan dalam atau dari dalam Labuan;
entiti berlesen itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana terma, syarat, sekatan atau batasan yang berkaitan dengan lesen atau pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Lembaga telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi lesen atau pendaftaran, atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen atau, pendaftaran itu, diberi maklumat, dokumen atau akuan yang palsu atau mengelirukan oleh atau bagi pihak entiti berlesen;
entiti berlesen itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau suatu kesalahan jenayah dalam mana-mana negara atau bidang kuasa diiktiraf;
entiti berlesen itu telah dengan disedarinya dan dengan sengaja membekalkan maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat atau tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini;
entiti berlesen itu menjalankan perniagaan mengikut cara yang Lembaga dengan munasabah mempercayai akan memudaratkan kepentingan, dalam hal entiti berlesen di bawah Bahagian III, pelabur dana bersama, atau kepentingan awam;
entiti berlesen itu diisytiharkan bankrap atau telah digulungkan atau selainnya dibubarkan;
suatu resolusi bagi penggulungan sukarela entiti berlesen itu telah diluluskan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 177
berhubung dengan pemegang lesen bank atau pemegang lesen insurans, jika apa-apa jaminan atau aku janji yang disebut dalam seksyen 88
dan 89 atau seksyen 103 dan 104 telah tidak ditunaikan; atau
Lembaga mengikut budi bicaranya memikirkannya patut kerana apa-apa sebab lain.