Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Rayuan

190. Fi dan penalti hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Semua fi dan penalti yang dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini dan semua jumlah wang yang dibayar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29

Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), semua fi yang dibayar di bawah seksyen 140 Bahagian IX hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang Bursa atau apa-apa bursa lain yang ditubuhkan menurut Bahagian IX dan boleh digunakan mengikut peruntukan undang-undang kecil Bursa itu atau mana-mana bursa lain.

Report