Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Rayuan

183. Pemakaian Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007 dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan

Akta ini kepada mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai tertakluk pada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(2)

Jika terdapat percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007, peruntukan Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007 hendaklah mengatasi.

(3)

Peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

tidaklah terpakai bagi suatu entiti berlesen berkenaan dengan apa-apa aktiviti berlesen di bawah Akta ini, apabila aktiviti berlesen itu dijalankan di Labuan atau di luar Malaysia.

*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271

dan 272 Akta 758.

Undang-Undang Malaysia 196

Report