Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Rayuan

178. Kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun yang kerana apa-apa sebab mempunyai akses kepada apa jua rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat berhubungan dengan hal ehwal atau akaun orang yang berikut boleh menzahirkan kepada mana-mana orang, atau membuat rekod bagi mana-mana orang mengenai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat:

(a)

dana bersama di bawah Bahagian III;

(b)

mana-mana pelanggan suatu syarikat amanah Labuan atau syarikat amanah persendirian Labuan di bawah

Bahagian V;

(c)

mana-mana pelanggan pemegang lesen bank di bawah

Bahagian VI;

(d)

mana-mana pemunya polisi di bawah Bahagian VII;

(e)

bursa yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX;

(f)

organisasi kawal selia sendiri yang ditubuhkan di bawah

Bahagian X; dan

(g)

mana-mana entiti berlesen di bawah Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—

(a)

apa-apa penzahiran yang dikehendaki dengan sah di bawah seksyen 28b Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan 1996 atau di bawah seksyen 22 Akta Cukai

Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445];

(b)

apa-apa penzahiran yang dikehendaki di bawah suatu perintah mahkamah yang dibuat dengan permohonan ex parte, dengan syarat bahawa orang yang menzahirkan maklumat yang berkenaan hendaklah memberitahu orang yang terjejas dengan perintah itu dan setelah diterima pemberitahuan itu, orang yang terjejas itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk mempertikaikan perintah itu atau sebaliknya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 193

(c)

maklumat yang berhubungan dengan dana bersama di bawah Bahagian III, dengan persetujuan dana bersama itu terlebih dahulu dan pelaburnya yang berkenaan;

(d)

maklumat yang berhubungan dengan pelanggan syarikat amanah Labuan atau syarikat amanah persendirian

Labuan di bawah Bahagian V, dengan persetujuan bertulis pelanggan atau pelanggan itu terlebih dahulu;

(e)

maklumat yang berhubungan dengan pelanggan pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI, dengan persetujuan bertulis pelanggan itu atau wakil dirinya terlebih dahulu;

(f)

maklumat yang berhubungan dengan pemunya polisi di bawah Bahagian VII, dengan persetujuan bertulis pemunya polisi itu atau wakil dirinya terlebih dahulu atau dalam perjalanan peletakan perniagaan insurans semula;

(g)

maklumat yang berhubungan dengan entiti berlesen, dengan persetujuan bertulis entiti berlesen itu terlebih dahulu.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan berlanggaran dengan subseksyen (1) boleh dengan apa-apa cara jua menzahirkan rekod, buku, daftar, surat-menyurat atau dokumen lain, bahan atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

(4)

Semua prosiding, kecuali prosiding jenayah, yang berhubungan dengan pelanggaran seksyen ini hendaklah dimulakan di mana-mana

Mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripadanya hendaklah, melainkan jika diperintahkan oleh

Mahkamah selainnya, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir mengenai prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa keizinan Mahkamah.

(5)

Tertakluk pada subseksyen (6), tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh membataskan apa-apa kuasa yang diberikan kepada

Mahkamah atau seseorang hakim oleh Akta Buku Jurubank

(Keterangan) 1949 [Akta 33] atau melarang pematuhan perintah yang dibuat di bawah Akta itu.

Undang-Undang Malaysia 194

(6)

Seksyen 7 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 tidaklah terpakai bagi pemegang lesen bank di bawah Bahagian VI, pengarah atau tawarannya.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report