Seksyen 185
Ketidakpakaian undang-undang tertentu
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
Tiada pemegang lesen bank boleh, berkenaan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh pemegang lesen itu, tertakluk pada mana-mana peruntukan **Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989 dan ***Akta Bank Islam 1983.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777 dan P.U. (B) 50/2017.
**CATATAN—Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 dan 272 Akta 758.
***CATATAN—Akta Bank Islam 1983 [Akta 276] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 282 dan 283 Akta 759.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 197
(2)
Tiada pemegang lesen insurans boleh, berkenaan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh pemegang lesen itu di bawah Bahagian VII, tertakluk pada mana-mana peruntukan
*Akta Insurans 1996 dan **Akta Takaful 1984.
(3)
Bagi maksud Bahagian IX—
(a)
peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
tidaklah terpakai bagi penubuhan, penjalanan, aktiviti dan perniagaan apa-apa bursa yang ditubuhkan di bawah