Skip to content

Seksyen 170

Akibat pembatalan atau penyerahan balik lesen

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

ActIn forceProvision 170 of 202
Seksyen 170
(1)

Jika pembatalan sesuatu lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 167 atau penyerahan balik lesen atau pendaftaran di bawah seksyen 169 telah berkuat kuasa, entiti berlesen itu hendaklah, mulai tarikh berkuatkuasanya pembatalan atau penyerahan balik itu, terhenti menjalankan apa-apa perniagaan selanjutnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika suatu entiti berlesen terus wujud sebagai suatu perbadanan selepas pembatalan lesennya telah mula berkuat kuasa, Menteri boleh, atas syor Lembaga, membenarkan secara bertulis entiti berlesen itu untuk terus menjalankan aktiviti perniagaannya pada apa-apa takat dan bagi apa-apa tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud menjelaskan tuntutan pemunya polisinya, pelanggan atau pemiutang lain.

(3)

Tiap-tiap entiti berlesen yang lesennya telah dibatalkan atau diserah balik hendaklah terus tertakluk pada peruntukan Akta ini selagi liabilitinya belum dijelaskan atau tidak dibuat peruntukan selainnya mengenainya.

AM