Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Rayuan
181. Pemakaian Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010
Feedback & supportSesuatu entiti berlesen yang menjalankan atau mengurusniagakan atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengurusniagakan perniagaan perbankan Islam, perniagaan perbankan pelaburan Islam, takaful, takaful semula atau apa-apa perniagaan lain di bawah Akta ini yang mematuhi syariah, hendaklah mematuhi peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dalam perkara-perkara yang pematuhan syariah adalah berkenaan, tertakluk pada apa-apa ubah suaian yang dibuat oleh Lembaga menurut garis panduan.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 195
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 dalam perkara-perkara yang pematuhan syariah adalah berkenaan, peruntukan Akta Perkhidmatan
Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 hendaklah mengatasi.