Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Rayuan
184. Pemakaian Akta Syarikat Labuan 1990 dan *Akta Syarikat 1965
Feedback & supportSebagai tambahan kepada, dan dengan tidak mengurangkan, peruntukan Akta ini—
Akta Syarikat Labuan 1990 hendaklah terpakai bagi—
pemegang lesen bank yang bukan pemegang lesen bank Malaysia; dan
pemegang lesen insurans yang merupakan syarikat
Labuan atau syarikat Labuan asing; dan
*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi—
pemegang lesen bank Malaysia atau entiti berlesen yang dilesenkan di bawah seksyen 90 yang merupakan pejabat sesuatu bank Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta itu; dan
pemegang lesen insurans yang merupakan cawangan suatu penanggung insurans Malaysia.
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan Akta lain yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada entiti berlesen masing-masing, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi.
Jika terdapat apa-apa kesukaran atau keraguan yang timbul dalam pemakaian subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana entiti berlesen tertentu atau apa-apa perkara atau hal keadaan tertentu atau secara amnya, Lembaga boleh menyelesaikannya dengan mengeluarkan arahan mengenai isu itu.