Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian XI · Rayuan

182. Pemakaian *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan peruntukan *Akta Kawalan

Pertukaran Wang 1953 dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan

Akta ini kepada mana-mana orang atau pemegang lesen bank, peruntukan itu hendaklah terpakai tertakluk pada peruntukan *Akta

Kawalan Pertukaran Wang 1953.

(2)

Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan *Akta Kawalan Pertukaran

Wang 1953, peruntukan *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

hendaklah mengatasi.

(3)

Peruntukan *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 tidaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa transaksi yang dikecualikan di bawah Akta itu dan apa-apa garis panduan, pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawahnya.

Report