Skip to content

Seksyen 174

Juruaudit luar

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

ActIn forceProvision 174 of 202
Seksyen 174
(1)

Tiap-tiap entiti berlesen hendaklah melantik juruaudit luar pada setiap tahun sebelum apa-apa tarikh atau dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh menyenggarakan suatu senarai juruaudit bagi maksud seksyen ini.

(3)

Juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan audit ke atas akaun entiti berlesen itu berkenaan dengan operasi perniagaannya dan hendaklah mengemukakan laporan mengenai audit itu berserta dengan ulasannya mengenai sistem perakaunan dan kawalan entiti berlesen itu kepada peserta-peserta entiti berlesen itu dan kepada Lembaga.

(4)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghendaki juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini untuk mengemukakan kepada

Lembaga apa-apa penjelasan berhubung dengan auditnya sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(5)

Seseorang juruaudit hendaklah dengan segera melaporkan kepada Lembaga jika, dalam perjalanan kewajipannya sebagai juruaudit bagi entiti berlesen, dia berpuas hati bahawa—

(a)

telah berlaku suatu pelanggaran peruntukan mana-mana

Bahagian Akta ini atau bahawa suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh entiti berlesen itu atau mana-mana pekerjanya; atau

(b)

apa-apa ketidakteraturan yang menjejaskan kepentingan pemunya polisi, dalam hal suatu entiti berlesen di bawah