Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IX · Peruntukan Am
71. Kerahsiaan
Feedback & supportTiada seorang pun yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat menyurat, dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal yayasan Labuan, boleh memberikan, mendedahkan, memberitahu, menerbitkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang rekod, buku, daftar, surat menyurat, dokumen, bahan atau maklumat itu.
Semua prosiding, selain prosiding jenayah, yang berhubungan dengan mana-mana yayasan Labuan yang dimulakan dalam mana-mana Mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripada prosiding itu, hendaklah, melainkan jika
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir prosiding itu boleh diterbitkan oleh mana-mana orang tanpa keizinan Mahkamah.
Peruntukan subseksyen (1) tidak terpakai jika penzahiran—
dikehendaki menurut suatu perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa dalam apa-apa prosiding, jika perintah itu telah diperoleh melalui permohonan ex-parte, yayasan
Labuan itu boleh memberitahu orang yang terlibat dengan perintah itu dan apabila diterima pemberitahuan itu, orang yang terlibat itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk menentang perintah itu atau selainnya mematuhi perintah itu dengan sewajarnya;
dikehendaki bagi maksud pelaksanaan fungsi seliaan
Lembaga sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996;
adalah menurut seksyen 22 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan
Labuan 1990; atau
dengan persetujuan yayasan Labuan itu.
Tertakluk pada subseksyen (3), mana-mana orang yang menyalahi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada apa jua pun dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana Mahkamah daripada menjalankan budi bicaranya untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau untuk memberikan apa-apa keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah yang berkaitan dengan prosiding itu.
Yayasan Labuan 69