Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IX · Peruntukan Am
75. Kesalahan yang berhubungan dengan dokumen yayasan Labuan
Feedback & supportMana-mana orang yang membuat pernyataan dalam apa-apa dokumen, bahan, keterangan atau maklumat yang dikehendaki disimpan atau yang dikehendaki supaya disampaikan kepada Lembaga di bawah Akta ini yang adalah palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa fakta material atau yang tidak menyatakan apa-apa fakta material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.