Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Am

77. Kuasa mengkompaun

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Lembaga suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam

Yayasan Labuan 73

tawaran itu atau apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh

Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran kompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthak oleh Lembaga, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

Report