Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Am

72. Hak untuk mendapatkan maklumat

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan lain seksyen ini, pegawai atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan hendaklah, apabila diterima permintaan, memberikan maklumat yang tepat mengenai kedudukan dan amaun harta yayasan Labuan itu dan pentadbiran yayasan Labuan itu—

(a)

kepada Mahkamah;

(b)

kepada Lembaga menurut peruntukan Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996; dan

(c)

kepada pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, atau benefisiari, melainkan jika pegawai itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu membuat permintaan itu dalam keadaan dures.

(2)

Walau apa pun terma dokumen konstituen, Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat kepada Mahkamah, mengehadkan hak pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, benefisiari atau mana-mana orang untuk mendapatkan maklumat yang berhubungan dengan yayasan Labuan itu atau boleh membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Jika mana-mana pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, setiausaha, atau benefisiari dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk menyerahkan, mengemukakan atau memberikan kepada Lembaga apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen, Lembaga boleh menetapkan bahawa ia hendaklah diserahkan, dikemukakan atau diberikan mengikut apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh atau apa-apa lat tempoh atau masa, yang selaras dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga dalam penetapan itu, dan pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, setiausaha, atau benefisiari itu tidak boleh menyerahkan, mengemukakan atau memberikan sebagai benar dan tepat apa-apa maklumat, statistik, penyata atau dokumen yang diketahuinya, atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak tepat atau mengelirukan.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report