Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Am

76. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah atau pegawai dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang telah dengan apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan, dia membuktikan—

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu semasa penggajiannya;

(b)

oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu semasa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Report