Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IX · Peruntukan Am
78. Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran
Feedback & supportLembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini.
Lembaga hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan apa-apa penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang, menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang menghendakinya untuk menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan terhadapnya.
Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, Lembaga boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran sebanyak amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan itu dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhannya melebihi *lima puluh ribu ringgit.
*CATATAN—Sebelum ini “sepuluh ribu ringgit”—lihat seksyen 13 Akta Yayasan labuan (Pindaan) 2025
[Akta A1758].
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
Jika seseorang tidak membayar suatu penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3), penalti yang dikenakan oleh Lembaga itu boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan balik sebagai hutang yang tertunggak kepada Lembaga.