Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian IX · Peruntukan Am
73. Sulit
Feedback & supportKecuali sebagaimana dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini, Mahkamah, atau dokumen konstituen yayasan Labuan atau sebagaimana perlu bagi maksud yayasan Labuan, dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain—
tiap-tiap anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan hendaklah pada setiap masa menganggap dan memperlakukan semua dokumen dan maklumat yang berhubungan dengan sesuatu yayasan Labuan sebagai rahsia dan sulit; dan
tiada anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan boleh pada bila-bila masa dikehendaki untuk mengemukakan kepada atau di hadapan mana-mana Mahkamah, tribunal, lembaga, jawatankuasa siasatan atau mana-mana pihak berkuasa lain atau untuk mendedahkan kepada mana-mana pihak berkuasa sedemikian apa-apa perkara atau benda yang sampai pada pengetahuannya atau yang berada dalam miliknya kerana apa-apa sebab, jika perkara atau benda itu adalah berhubungan dengan sesuatu yayasan Labuan.
Mana-mana anggota majlis, orang yang menyelia, pegawai, atau setiausaha sesuatu yayasan Labuan yang, kecuali sebagaimana yang dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini,
Mahkamah, atau dokumen konstituen, pada bila-bila masa menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan apa-apa perkara atau benda yang berhubungan dengan sesuatu yayasan Labuan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Yayasan Labuan 71