Seksyen 43
Pemindahan deposit antara anggota penerima deposit
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Jika liabiliti deposit anggota penerima deposit (dalam seksyen ini disebut sebagai “anggota pemindah”) dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penerima deposit yang lain, deposit itu, ditolak apa-apa pengeluaran daripada deposit itu, disifatkan sebagai dan akan terus diinsuranskan secara berasingan oleh Perbadanan setakat apa-apa had yang ditetapkan di bawah subseksyen 42(2) selama tempoh dua tahun, atau sehingga deposit itu matang atau dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal, selepas tarikh pemindahan dan pengambilalihan.
(2)
Jika terdapat pemindahan liabiliti deposit di bawah subseksyen (1)—
(a)
anggota pemindah itu hendaklah memberikan notis mengenai pemindahan liabiliti deposit dan insurans yang berasingan yang berterusan yang disebut dalam subseksyen (1); dan
(b)
Perbadanan boleh memberikan notis mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) jika pada pendapat
Perbadanan, kepentingan awam menghendaki supaya notis itu diberikan, melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(3)
Anggota pemindah hendaklah menanggung rugi Perbadanan sekiranya apa-apa bayaran dibuat oleh Perbadanan kepada pendeposit disebabkan oleh insurans berasingan yang disebut dalam subseksyen (1).
70
Undang-Undang Malaysia
(4)
Jika keanggotaan anggota pemindah dibatalkan atau ditamatkan selepas tarikh liabiliti deposit dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penerima deposit yang mengambil alihnya, insurans berasingan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai sebagai ganti insurans berterusan yang disebut dalam perenggan 40(1)(b).
(5)
Anggota penerima deposit hendaklah menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan bagi maksud subseksyen (1).
(6)
Anggota penerima deposit yang melanggar perenggan (2)(a)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.