Skip to content

Seksyen 44

Deposit anggota penerima deposit diperoleh oleh bukan anggota penerima deposit

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 44 of 179
Seksyen 44
(1)

Jika liabiliti deposit suatu anggota penerima deposit (dalam seksyen ini disebut “anggota pemindah”) dipindahkan kepada dan diambil alih oleh seseorang yang bukan anggota penerima deposit, deposit itu, ditolak apa-apa pengeluaran daripada deposit itu, hendaklah disifatkan sebagai dan akan terus diinsuranskan oleh

Perbadanan setakat apa-apa had yang ditetapkan di bawah subseksyen 42(2), bagi baki tahun taksiran itu, atau sehingga deposit itu matang atau dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal, selepas tarikh pemindahan dan pengambilalihan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), dan mengikut mana-mana kaedah yang dibuat oleh Perbadanan—

(a)

berhubung dengan pendeposit, anggota pemindah hendaklah—

(i)

mendapatkan kebenaran bertulis sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus daripada semua pendeposit untuk memindahkan liabiliti deposit;

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 71

(ii)

mendapatkan perakuan bertulis daripada setiap pendeposit bahawa pendeposit sedar bahawa deposit yang dipindahkan kepada dan diambil alih oleh orang yang mengambil alihnya akan diinsuranskan bagi baki tahun taksiran itu, atau sehingga deposit itu matang atau dikeluarkan kesemuanya, mengikut mana-mana yang lebih awal, dan selepas itu, liabiliti deposit itu tidaklah lagi diinsuranskan keseluruhannya atau sebahagiannya oleh Perbadanan;

(iii)

apabila dikehendaki secara bertulis, membayar kepada seorang pendeposit, amaun pokok deposit itu dan pulangan atau bunga, dikira sehingga tarikh pengeluaran dan tiada caj atau penalti boleh dikenakan berkenaan dengan pembayaran itu; dan

(iv)

menyediakan suatu pernyataan bahawa obligasi anggota pemindah untuk membayar balik deposit akan diambil alih oleh orang yang mengambil alih deposit itu; dan

(b)

orang yang mengambil alih deposit itu hendaklah membuat suatu perjanjian secara bertulis untuk mengambil alih liabiliti deposit anggota pemindah atas terma dan syarat yang sama.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(b), anggota pemindah hendaklah menanggung rugi Perbadanan sekiranya berlaku apa-apa bayaran yang dibuat oleh Perbadanan kepada pendeposit disebabkan oleh insurans berterusan yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Orang yang mengambil alih deposit itu hendaklah menyenggara apa-apa rekod yang dikehendaki oleh Perbadanan bagi maksud subseksyen (1).

72

Undang-Undang Malaysia