Seksyen 50
Tiada tolakan berkenaan dengan anggota penerima deposit
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 53 of 179
Seksyen 50
Melainkan jika Perbadanan bersetuju selainnya dalam mana-mana hal tertentu, tiada pembayaran premium atau surcaj premium yang terhutang kepada Perbadanan oleh anggota penerima deposit boleh dilepaskan, dikurangkan atau selainnya diselaraskan oleh sebab apa-apa tuntutan yang anggota penerima deposit itu ada terhadap
Perbadanan.