Skip to content

Seksyen 46A

Takrif

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 47 of 179
Seksyen 46A
(1)

Bagi maksud Bab ini—

(a)

“jumlah deposit diinsuranskan” ertinya jumlah deposit yang diinsuranskan secara berasingan sebagai deposit Islam atau deposit konvensional di bawah seksyen 42, dikira mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan;

(b)

“pihak pemindah” ertinya seseorang, termasuk suatu anggota penerima deposit, yang memindahkan perniagaannya di bawah skim pemindahan perniagaan;

(c)

“skim pemindahan perniagaan” merujuk kepada suatu skim pemindahan bagi keseluruhan atau bahagian material perniagaan penerima deposit; dan

(d)

“tarikh pemindahan” ertinya tarikh suatu skim pemindahan perniagaan berkuat kuasa sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), Perbadanan boleh menentukan perkara yang menjadi suatu bahagian material perniagaan penerima deposit.