Seksyen 54
Premium dan surcaj ke atas anggota penerima deposit disifatkan diperoleh
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
ActIn forceProvision 57 of 179
Seksyen 54
(1)
Tertakluk pada subseksyen (2), apa-apa premium atau surcaj premium yang kena dibayar di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai diperoleh sepenuhnya apabila kena dibayar dan tidaklah boleh dibayar balik.
(2)
Menteri boleh, atas syor Perbadanan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta —
(a)
memperuntukkan pengurangan sebahagian atau keseluruhan, penepian, pembayaran balik atau rebat amaun apa-apa premium atau surcaj premium kepada mana-mana anggota penerima deposit; dan
(b)
menentukan apa-apa syarat berkenaan dengan perenggan (a).