Skip to content

Seksyen 49

Pengiraan premium tahunan berkenaan dengan anggota penerima deposit

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 51 of 179
Seksyen 49
(1)

Tertakluk pada seksyen 49A, premium tahunan hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a)

premium tahunan yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

(b)

premium tahunan deposit Islam dan konvensional hendaklah dikira secara berasingan; dan

(c)

kadar premium yang terpakai bagi setiap anggota penerima deposit hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(2)

Premium yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit hendaklah berdasarkan penyata yang diperakui oleh ketua eksekutif anggota penerima deposit itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.

Premium tahunan berkenaan dengan anggota penerima deposit di bawah skim pemindahan perniagaan