Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English
Contents

Bahagian IV · Insurans Deposit

48. Premium tahunan berkenaan dengan anggota penerima deposit

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada perenggan 47(3)(a) dan subseksyen 49A(1), tiap-tiap anggota penerima deposit hendaklah, bagi setiap tahun taksiran berikutan tahun taksiran yang ia menjadi institusi anggota, membayar premium tahunan pada atau sebelum tarikh kena bayar tahunan yang ditentukan oleh Perbadanan.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), kadar atau kadar-kadar premium tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor

Perbadanan.

(3)

Premium tahunan yang kena dibayar oleh anggota penerima deposit bagi suatu tahun taksiran tidak boleh lebih rendah daripada apa-apa amaun atau amaun-amaun minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atas syor Perbadanan.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan, kadar yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) dan amaun minimum yang ditetapkan di bawah subseksyen (3) boleh berhubung dengan kategori yang dalamnya anggota penerima deposit dikelaskan di bawah peraturan-peraturan premium dan kadar dan amaun minimum yang berbeza boleh terpakai bagi kategori yang berbeza.

(5)

Mana-mana anggota penerima deposit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 77

Report

Bahagian V

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Bahagian VI

Pemeriksaan Institusi Anggota

Bahagian VII

Tindakan Oleh Perbadanan

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi pengendali takaful yang menjalankan perniagaan takaful keluarga—

Bahagian II

Bahagian II Jadual Kedua Belas kepada Akta Syarikat 2016, pelikuidasi syarikat insurans yang menjalankan perniagaan hayat—

Bahagian VIII

Perlindungan Penstabilan

Bahagian IX

Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan

Bahagian X

Kesalahan

Bahagian XI

Peruntukan Am

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules