Seksyen 62
Pengiraan pulangan atau bunga atas deposit bagi bayaran budi bicara
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Bagi maksud mengira bayaran oleh Perbadanan berkenaan dengan mana-mana deposit yang diinsuranskan oleh Perbadanan jika
Perbadanan membuat suatu bayaran budi bicara—
(a)
tertakluk pada perenggan (b), pulangan atau bunga yang terakru berhubung dengan deposit itu hendaklah dimasukkan hanya sehingga tarikh bayaran oleh
Perbadanan; atau
(b)
jika suatu prosiding bagi penggulungan anggota penerima deposit yang memegang deposit itu telah dimulakan sebelum tarikh bayaran oleh Perbadanan tetapi suatu perintah penggulungan belum lagi dibuat, pulangan atau bunga yang terakru berhubung dengan deposit itu hendaklah dimasukkan hanya sehingga tarikh pemfailan petisyen penggulungan.
Pulangan atau bunga atas pelaburan berkaitan derivatif yang ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan