Skip to content

Seksyen 47A

Pengiraan premium pertama berkenaan dengan anggota penerima deposit baharu

of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011

ActIn forceProvision 49 of 179
Seksyen 47A
(1)

Premium pertama hendaklah dikira seperti yang berikut:

(a)

premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu hendaklah dikira berdasarkan asas sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

(b)

premium pertama deposit Islam dan konvensional hendaklah dikira secara berasingan; dan

(c)

kadar premium yang terpakai bagi setiap anggota penerima deposit baharu hendaklah berdasarkan apa-apa kriteria yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

(2)

Premium pertama yang kena dibayar oleh suatu anggota penerima deposit baharu hendaklah berdasarkan penyata yang

76

Undang-Undang Malaysia diperakui oleh ketua eksekutif anggota penerima deposit baharu itu dan dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan dalam tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan.