Seksyen 63
Apa-apa pulangan atau bunga yang disebut dalam seksyen 60
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
atau 62 berhubungan dengan pelaburan berkaitan derivatif yang dipegang oleh anggota penerima deposit dan ditentukan sebelumnya sebagai diinsuranskan oleh Perbadanan hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Perbadanan jika suatu bayaran yang hendaklah dibuat oleh anggota penerima deposit itu berkenaan dengan pelaburan berkaitan derivatif itu akan ditentukan, keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan merujuk dalam apa-apa cara kepada—
88
Undang-Undang Malaysia
(a)
harga pasaran sesuatu sekuriti, komoditi atau surat cara kewangan;
(b)
kadar pertukaran antara mana-mana dua mata wang;
(c)
suatu kadar rujukan yang ditentukan dengan merujuk kepada mana-mana satu atau lebih harga atau kadar itu;
(d)
suatu kadar rujukan yang ditentukan dengan merujuk kepada mana-mana satu atau lebih kejadian bukan kewangan; atau
(e)
apa-apa jenis indeks boleh ubah atau sumber rujukan yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.