Seksyen 64
Pelepasan liabiliti, dsb., berkenaan dengan deposit diinsuranskan
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Bayaran di bawah Bab ini oleh Perbadanan berkenaan dengan mana-mana deposit yang diinsuranskan oleh Perbadanan melepaskan Perbadanan daripada semua liabiliti setakat amaun bayaran yang dibuat berkenaan dengan deposit itu, dan dalam apa-apa hal pun Perbadanan tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk memastikan bahawa bayaran yang dibuat itu digunakan sewajarnya dalam apa-apa cara.
(2)
Perbadanan boleh membuat bayaran di bawah seksyen 56, 57,
58 atau 61 mengikut apa-apa cara yang disifatkan sesuai oleh
Perbadanan.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), Perbadanan boleh membuat bayaran dengan mengaturkan supaya orang yang dianggap oleh
Perbadanan sebagai berhak kepada bayaran itu menerima suatu deposit di anggota penerima deposit sebanyak amaun bayaran itu yang kena dibayar balik apabila dituntut, dengan syarat bahawa deposit itu ialah suatu deposit Islam atau deposit konvensional mengikut sama ada deposit diinsuranskan itu yang berkenaan dengannya bayaran itu dibuat ialah suatu deposit Islam atau deposit konvensional.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 89
Subrogasi