Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan

23Z. Section 23Z

(1)

Tiada pendakwaan bagi atau yang berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

(2)

Mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

23AA.

Pewakilan dalam prosiding sivil

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap

Lembaga; atau

(b)

dalam apa-apa prosiding sivil yang lain yang Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga bagi maksud itu boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding itu atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.

23BB.

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan,

Mahkamah

Majistret

Kelas

Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Perlindungan pegawai

23CC. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

Lembaga Koko Malaysia (Pemerbadanan) 47

(a)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang dilakukan bagi maksud melaksanakan

Akta ini; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa perbuatan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.

23DD.

Hadiah

Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya dibayar apa-apa hadiah yang didapatinya patut kepada mana-mana orang bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau berkaitan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini.

23EE.

Perlindungan pemberi maklumat

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.

(2)

Jika apa-apa buku, rekod atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 343

menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atu dipadamkan hanya setakat yang pelu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu kenyataan matan yang pemberi maklumat itu tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Report

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules