Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Audit dan Laporan Tahunan

23Y. Kuasa untuk mengkompaun

(1)

Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaunkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu diak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh

Ketua Pengarah, pendakwaan ke atas kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tidak pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat dan apa-apa koko atau hasil penjualan apa-apa koko, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang didapati patut oleh Ketua Pengarah.

(4)

Segala wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

Permulaan dan penjalanan pendakwaan

Report

Bahagian VI

Peruntukan Tambahan dan Peralihan

Schedules