Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
12. Section 12
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya, seseorang berhak didaftarkan sementara sebagai seorang pengamal perubatan, semata-mata bagi maksud memperoleh pengalaman yang dinyatakan dalam seksyen 13, apabila membuat permohonan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan jika—
dia mempunyai—
mana-mana daripada kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Jadual Kedua yang diberikan oleh sesuatu institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu untuk suatu tempoh pengiktirafan yang hendaklah ditentukan oleh Majlis; atau
kelulusan dalam perubatan dan pembedahan-selain kelulusan yang disebut dalam subperenggan (i), yang disifatkan oleh Menteri sebagai sesuai untuk pendaftaran selepas berunding dengan Majlis;
dalam hal seseorang yang mempunyai kelulusan yang disebut dalam subperenggan (a)(ii), dia telah lulus peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan atau dinyatakan bagi maksud perenggan ini oleh suatu badan yang diluluskan oleh Menteri;
(aaa) dia seorang warganegara atau suami atau isteri seorang warganegara atau seorang penduduk tetap;
dia mengemukakan kepada Pendaftar keterangan dengan memuaskan hati Pendaftar bahawa, dengan syarat dia didaftarkan sementara, dia telah dipilih—
untuk pekerjaan di bawah subseksyen 13(2) atau bahawa dia layak dikecualikan daripadanya di bawah subseksyen 13(6).
(Dipotong oleh Akta A840).
28
Undang-Undang Malaysia
dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia layak dan mempunyai akhlak yang baik.
Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan
Majlis, membuat tambahan kepada Jadual Kedua itu, memotong atau meminda Jadual Kedua itu melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta.
Suatu permohonan bagi pendaftaran sementara sebagai pengamal perubatan hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam bentuk dan cara yang ditetapkan dan disertai dengan dokumen dan butir-butir dan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.