Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
17. Keterangan mengenai kelulusan hendaklah diberikan sebelum catatan dibuat dalam Daftar
Feedback & supportTiada apa-apa ijazah atau kelulusan boleh dicatatkan dalam
Daftar, sama ada pada pendaftaran kali pertama atau sebagai tambahan kepada nama berdaftar, melainkan jika Pendaftar berpuas hati mengikut apa-apa keterangan yang difikirkannya patut bahawa orang yang mengaku mempunyai ijazah atau kelulusan itu adalah berhak kepadanya.
Tiap-tiap orang yang telah didaftarkan di bawah Akta ini yang memperoleh mana-mana kelulusan perubatan selain kelulusan yang telah membolehkan dia didaftarkan boleh memohon kepada Majlis supaya Daftar itu dipinda setakat yang berkaitan dengan kelulusan orang itu, dan atas apa-apa permohonan itu, Majlis hendaklah, jika berpuas hati bahawa pemohon itu berhak kepada kelulusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat dan bahawa kelulusan itu mempunyai taraf yang mencukupi untuk dicatatkan dalam Daftar, menyebabkan supaya Daftar itu dipinda dengan sewajarnya dengan memasukkan di dalamnya butir-butir kelulusan itu.
Majlis mempunyai kuasa untuk memutuskan ijazah tinggi dan kelulusan tambahan yang boleh diterima untuk dicatatkan dalam
Daftar.
Permohonan bagi pendaftaran