Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan

13. Pengalaman yang dikehendaki diperoleh oleh orang yang didaftarkan sementara

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya, seseorang yang didaftarkan sementara dikehendaki memperoleh pengalaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) supaya berhak memohon pendaftaran penuh di bawah seksyen 14.

(1A)

Bagi maksud subseksyen (2) hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kelayakan

Perubatan yang terdiri daripada ahli yang berikut:

(a)

Yang Dipertua sebagai Pengerusi;

(b)

empat orang ahli Majlis yang dinamakan daripada dan mewakili universiti tempatan dan kolej universiti yang diiktiraf dan dilantik oleh Pengerusi;

(c)

empat orang wakil daripada Kementerian Kesihatan; dan

(d)

empat orang ahli Majlis yang lain yang dinamakan daripada mereka yang tidak mewakili universiti tempatan dan kolej universiti yang diiktiraf dan dilantik oleh Pengerusi.

Perubatan 29

(2)

Orang yang didaftarkan sementara hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan sementara, menjalankan pekerjaan sebagai perubatan tetap dengan memuaskan hati Jawatankuasa Kelayakan Perubatan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dalam suatu hospital atau institusi di Malaysia yang diluluskan oleh Jawatankuasa tersebut bagi maksud pekerjaan itu; empat bulan daripada tempoh itu hendaklah dihabiskan dalam jawatan pembedahan tetap, empat bulan dalam jawatan perubatan tetap dan empat bulan dalam jawatan obstetrik dan ginekologi tetap; apabila tamat perkhidmatan yang memuaskan, sebagaimana yang diperakui oleh Jawatankuasa Kelayakan Perubatan, di bawah perenggan ini, orang yang didaftarkan sementara itu berhak mendapat suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Majlis dalam borang yang ditetapkan yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa.

(3)

(Dipotong oleh Akta A840).

(4)

Jika, atas permohonan yang bermaksud sedemikian, seseorang memuaskan hati Majlis bahawa oleh sebab kehilangan upaya anggotanya atau apa-apa sebab lain yang ditentukan oleh Majlis yang berlarutan dia tidak akan dapat atau telah terhalang daripada memulakan, atau menyempurnakan apa-apa tempoh pengalaman dalam amalan pembedahan atau obstetrik dan ginekologi yang dikehendaki bagi maksud subseksyen (2), Majlis boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya pemohon boleh bagi maksud itu mengira sebagai gantinya pengalaman dalam amalan perubatan

(sebagai tambahan kepada apa yang dikehendaki selainnya dalam halnya bagi maksud itu) yang diperoleh dengan cara sedemikian itu dan bagi tempoh sedemikian itu, atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi sekian lama daripada tempoh itu yang masih belum disempurnakan.

(4A)

Walau apa pun perenggan 12(1)(aaa), Majlis boleh mempertimbangkan mana-mana orang yang bukan warganegara dan bukan suami atau isteri seorang warganegara yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institut latihan tempatan yang diiktiraf untuk didaftarkan sementara bagi maksud untuk mendapatkan pengalaman yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

(5)

(Dipotong oleh Akta A840).

30

Undang-Undang Malaysia

(6)

Majlis boleh mengecualikan daripada subseksyen

(2)

mana-mana orang yang mempunyai mana-mana daripada kelulusan yang disebut dalam perenggan 12(1)(a) jika Majlis berpuas hati bahawa orang itu telah memperoleh pengalaman yang tidak kurang dari segi jenis dan bidang dan lamanya daripada pengalaman yang disebut dalam subseksyen (2):

Dengan syarat bahawa jika Majlis berpuas hati selanjutnya bahawa pengalaman itu telah diperoleh dalam sesuatu institusi atau hospital yang diluluskan oleh institusi yang memberikan kelulusan itu, Majlis hendaklah mengecualikan orang itu daripada subseksyen (2):

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa jika pengalaman yang telah diperoleh dalam sesuatu institusi atau hospital yang diluluskan oleh institusi yang memberikan kelulusan itu adalah hanya sebahagian daripada jenis dan bidang yang disebut dalam subseksyen (2), Majlis boleh mengecualikan orang itu daripada subseksyen (2) berkenaan dengan hanya bahagian tempoh pengalaman yang dikehendaki di bawah subseksyen itu sahaja sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Majlis.

(7)

Seseorang yang didaftarkan sementara hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan penuh di bawah Akta ini setakat yang perlu—

(a)

untuk membolehkannya memulakan dan menjalankan pekerjaan dan perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (2); dan

(b)

bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tetapi tidak bagi apa-apa maksud lain.

(8)

Seseorang yang didaftarkan sementara hendaklah, selama tempoh pekerjaan di bawah subseksyen (2), disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan.

(9)

Dalam seksyen ini, sebutan mengenai pekerjaan dalam jawatan sebagai perubatan tetap hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan

Perubatan 31

mengenai pekerjaan dalam amalan perubatan, jika orang yang berkenaan itu menetap di hospital atau institusi di mana dia bekerja atau berdekatan dengannya, dan menurut terma pekerjaanya, dia dikehendaki menetap sedemikian.

Report

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules