Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan

20. Section 20

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang berdaftar penuh yang berhasrat untuk mengamal sebagai seorang pengamal perubatan selepas tiga puluh satu hari bulan

Disember dalam mana-mana tahun dan yang mengemukakan keterangan yang dia telah memenuhi apa-apa kehendak atau sekatan yang ditetapkan oleh Majlis hendaklah, tidak lewat daripada hari pertama bulan Disember tahun itu, membuat permohonan dalam bentuk yang ditetapkan, mengemukakan keterangan mengenai perlindungan tanggung rugi profesional dan membayar fi yang ditetapkan bagi perakuan untuk mengamal sebagai pengamal perubatan semasa tahun yang berikutnya.

(2)

Apabila menerima permohonan dan bayaran itu, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu perakuan (bernama “perakuan amalan tahunan”) dengan terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai seorang pengamal perubatan dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

(3)

Tertakluk pada Akta ini, perakuan amalan tahunan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga 31 Disember dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.

(4)

Mana-mana orang berdaftar penuh yang tidak memohon perakuan amalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), boleh, apabila membuat permohonan dalam borang dan menjelaskan bayaran fi tambahan sebagaimana yang ditetapkan, diberi perakuan amalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember dalam sesuatu tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan itu dibuat pada atau selepas 1 Januari dalam sesuatu tahun.

(5)

Apabila didaftarkan penuh di bawah seksyen 14, orang yang berhasrat untuk mengamal sebagai pengamal perubatan itu hendaklah mematuhi subseksyen (1).

(6)

Sesuatu perakuan amalan tahunan dan sesuatu permohonan untuk perakuan itu hendaklah menyatakan alamat tempat utama amalan dan semua tempat amalan yang lain bagi pemohon, kecuali

38

Undang-Undang Malaysia dalam hal seseorang pengamal perubatan berdaftar tanpa sesuatu tempat amalan tetap (locum tenens) yang hakikat itu hendaklah dinyatakan sedemikian dan diluluskan oleh

Majlis, dan apa-apa jua pertukaran tentang alamat itu hendaklah diberitahukan oleh pengamal kepada Pendaftar dan suatu catatan mengenai pertukaran itu dalam perakuan amalan tahunan diperoleh daripada

Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran itu.

(7)

Seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang menjalankan amalan perubatan dan yang—

(a)

tidak mempunyai perakuan amalan tahunan yang semasa dan sah bagi dirinya;

(b)

berkongsi dengan seorang berdaftar penuh yang tidak mempunyai perakuan itu;

(c)

bekerja dengannya seorang berdaftar penuh yang tidak mempunyai perakuan itu; atau

(d)

diambil bekerja untuk menjalankan suatu amalan perubatan bagi pihak seseorang yang tidak mempunyai perakuan itu, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan dia tidak berhak menuntut apa-apa fi, upah, perbelanjaan atau kos yang dilakukan semasa dia atau mana-mana orang lain sebagaimana yang disebut terdahulu tidak mempunyai perakuan amalan tahunan.

Senarai pengamal perubatan berdaftar penuh yang dikeluarkan kepadanya perakuan pengamalan tahunan

Report

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules