Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
25. Perubahan dalam Daftar
Feedback & support(1)
Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memasukkan dalam Daftar—
(a)
apa-apa perubahan yang mungkin diketahui olehnya tentang nama atau alamat mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa perubahan tentang kelulusan, kelulusan tambahan dan butir-butir lain yang dikehendaki diubah di bawah
Akta ini.
(2)
Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memotong daripada Daftar nama orang-orang itu sebagaimana yang dikehendaki dipotong di bawah Akta ini.