Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
26. Keistimewaan bagi orang berdaftar penuh
Feedback & supportTiap-tiap orang yang pada masa itu ada namanya dalam
Daftar sebagai berdaftar penuh di bawah Akta ini adalah berhak, mengikut kelulusan orang itu, menjalankan amalan perubatan mengikut peruntukan Akta ini dan menuntut dalam perjalanan undang-undang caj yang munasabah kerana bantuan, nasihat dan lawatan profesional dan nilai apa-apa ubat atau nilai apa-apa perkakas perubatan atau perkakas pembedahan yang diberikan, dibuat atau dibekalkan olehnya kepada pesakitnya, dengan syarat bahawa pada
Perubatan 43
masa menjalankan mana-mana perbuatan itu dia mempunyai suatu perakuan amalan tahunan yang berkuat kuasa.
Tertakluk pada seksyen 15, 16 dan 34, tiada seorang pun berhak untuk menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa caj yang disebut dalam subseksyen (1) melainkan jika pada tarikh caj itu terakru dia seorang pengamal perubatan berdaftar dan mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang berkuat kuasa.