Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan

14. Orang yang berhak didaftarkan penuh

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, tiada seorang pun berhak didaftarkan penuh sebagai seorang pengamal perubatan di bawah Akta ini melainkan jika—

(a)

dia telah didaftarkan sementara di bawah seksyen 12;

(b)

dia mengemukakan suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2); dan

(c)

dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia layak dan mempunyai akhlak yang baik.

(2)

Permohonan untuk pendaftaran penuh sebagai seorang pengamal perubatan hendaklah dibuat kepada Majlis dalam bentuk dan dengan cara yang ditetapkan dan disertai dengan apa-apa dokumen atau dan butir-butir dan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(2A)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang boleh berdaftar penuh di bawah seksyen ini tertakluk pada apa-apa sekatan dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis jika—

(a)

orang itu berhasrat untuk mengajar, melakukan penyelidikan atau mengikuti kursus lepasan ijazah dalam bidang kepakaran di bawah apa-apa program latihan yang diiktiraf di mana-mana institut latihan yang diiktiraf;

(b)

orang itu memiliki kemahiran perubatan atau pembedahan yang difikirkan oleh Majlis sebagai bertaraf antarabangsa atau mempunyai nilai khusus kepada negara; atau

(c)

orang itu memiliki kelulusan yang pada pendapat Majlis adalah mencukupi, selagi dia terus melibatkan dirinya secara

32

Undang-Undang Malaysia khusus dalam pengajaran, penyelidikan atau pengajian lepasan ijazah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2B)

Pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (2A)

hendaklah untuk suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan boleh dibaharui mengikut budi bicara Majlis untuk beberapa tempoh lanjut, yang setiap satunya tidak melebihi satu tahun.

(2C)

Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana pendaftaran yang diberikan di bawah subseksyen (2A) jika orang itu didapati telah melanggar apa-apa syarat pendaftarannya.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, mana-mana orang boleh didaftarkan sepenuhnya di bawah seksyen ini tertakluk pada apa-apa sekatan dan syarat, termasuklah kelulusan, lokasi, tempat dan jenis amalan dengan syarat bahawa orang yang memohon pendaftaran di bawah subseksyen ini memiliki kelulusan yang berkenaan dengannya Menteri, selepas berunding dengan Majlis, berpuas hati bahawa ia memadai.

Report

Bahagian IV

Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules